Tuesday, 11 October 2016

#stylocollection

Assalamualaikum and hai...


Menggunakan nama syarikat #StyloCollection saya menjual hijab dan aksesori serta perkhidmatan lukisan henna...

Memulakan pernigaan ini ketika menyertai karnival keusahawanan ketika menuntut di matrikulasi bersama dengan rakan-rakan saya. Setelah habis pengajian di matrik saya masih lagi berminat untuk mencburkan diri dalam pernigaan . Oleh kerana rakan-rakan saya menetap di negeri yang berbeza kami tidak lagi aktif berniaga. Oleh itu, saya ingin  mengekalkan perniagaan kami dengan membuka perniagaan secara online di blog. Silalah berkunjung di #stylocollection

Hijab

Saya memang meminati hijabista, saya sering mengumpulkan duit bagi membeli tudung-tudung keluaran terkini. Oleh kerana fesyen dan design tudung yang sering bertukar ganti dari masa ke semasa banyak duit yang telah saya habiskan. Bagi mengelakkan duit saya berterbangan kerana mengikut kehendak yang infiniti saya memilih untuk menjual tudung dan aksesori bagi hijabista di luar sana. Selain dapat mengumpul hijab yang terkini saya juga mendapat keuntungan dan membantu para hijabista mendapatkan tudung terkini di pasaran.

Henna Art

Lukisan henna kerana pada saya ia amat menarik dan unik. Sebelum ini rakan saya iaitu Mas Sofia merupakan pelukis henna yang "agak" terkenal di KMP. Oleh itu, dalam menunggu panggilan ke universiti saya telah belajar melukis henna melalui facebook, instagram dan youtube. Dari situ semakin lama saya semakin mahir dalam lukisan henna. Disebabkan lukisan henna merupakan sesuatu yang unik dan rumit ia telah mendapat sambutan yang tinggi oleh masayarakat. Lagi-lagi pada musim kenduri. Oleh itu, saya ingin memanfaatkan kelebihan yang dimiliki dalam pernigaan.


logo syarikat kami
#stylocollection